24 Nov 2013
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
Kuala Lumpur-myMetro : Hari bahagia pelakon sensasi Rozita Che Wan dan
pasangannya, Zain Saidin layak digelar ‘wedding of the year’ atau
perkahwinan paling gah tahun ini berikutan belanja keseluruhan majlis
berkenaan mencecah RM1.21 juta.
Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin
dalam masa terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja
hari bahagia mereka. Bagaimanapun, Rozita, 39, atau mesra disapa Che
Ta mengambil pendekatan berhati-hati dengan hanya memilih pihak yang
dirasakan mampu merealisasikan perkahwinan impiannya dengan jejaka
berdarah kacukan berusia 29 tahun itu.
Pasangan berkenaan dijadual akan mengumumkan tarikh majlis perkahwinan mereka pada sidang media, esok.
Menerusi maklumat yang diberikan pengurusan Che Ta, tajaan hari bahagia bakal raja sehari itu keseluruhannya bernilai kira-kira RM910,000 manakala belanja sendiri hampir RM300,000.
Menerusi maklumat yang diberikan pengurusan Che Ta, tajaan hari bahagia bakal raja sehari itu keseluruhannya bernilai kira-kira RM910,000 manakala belanja sendiri hampir RM300,000.
ZAIN berusaha keras gembirakan Rozita.
amboi....
ReplyDelete