Mohamed
Azmin Ali sarankan PKR lantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden
parti. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 November,
2013.Cadangan perwakilan PKR dalam Kongres Khas parti itu
semalam yang mahukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik
sebagai Presiden disambut baik Mohamed Azmin Ali.
Menurut Timbalan Presiden PKR itu, sudah tiba masanya untuk Anwar
dilantik menerajui parti berkenaan dan beliau mencadangkan agar pens
parti dilakukan.
"Itu satu pengiktirafan perwakilan dalam kongres semalam. Ia bukan
sulit. PKR menerima dan mengakui kepimpinan Anwar diperlukan," kata
Mohamed Azmin ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di
Shah Alam hari ini.
Mohamed Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak menegaskan, sebagai parti
yang berteraskan reformasi, berada pada satu tahap yang sama untuk
jangka masa panjang bukanlah amalan yang baik dalam mentadbir parti.
"Kita tak boleh berada di takuk sama terlalu lama. Ini parti
berteraskan reformasi harus ambil kira pandangan akar umbi. Saya saranan
ada penstrukturan semula dalam parti.
"Ia permulaan baik dalam perbincangan dan kita akan teruskan. Meletakkan Anwar di tempat yang selayaknya," kata Azmin.
Jelas beliau, ketika PKR dibentuk pada 1999, Anwar tidak dapat
menerajui parti berkenaan disebabkan beliau berada di dalam penjara.
Malah, setelah dibebaskan juga, terdapat halangan perundangan untuk Anwar dilantik memegang jawatan berkenaan.
Presiden PKR merupakan isteri kepada Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
"Hari ini halangan dah tiada. Kami merasakan ini waktu terbaik beliau menerajui PKR," kata Azmin.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit
Antarabangsa itu turut berkata beliau telah membangkitkan perkara
berkenaan dalam perbincangan peribadi dengan Anwar beberapa bulan lalu.
"Anwar kata masih terlalu awal untuk dimuktamadkan. Kita perlu terus berbincang.
"Ini bukan soal individu, ini soal institusi yang demokratik," katanya lagi.
Semalam Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan Ketua Umum
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah
mengikut perlembagaan parti itu.
Beliau yang juga pembahas dari Selangor dalam Kongres Nasional Khas
2013 berkata cadangan ini bagi mengesahkan ura-ura kemungkinan Anwar
akan mengambil alih jawatan presiden dalam pemilihan parti itu tahun
hadapan.
Bagaimanapun, Anwar yang ditemui selepas kongres tersebut mengatakan
masih terlalu awal untuk bercakap soal itu. – 25 November, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment