Penangkapan
19 peserta yang terlibat dalam bantahan secara aman bagi menghalang
kerja merobohkan rumah di sebuah kampung bersejarah di Malaysia
menunjukkan satu lagi tindakan keras dikenakan kepada pejuang hak asasi,
kata Amnesty International.
“Jika ada lagi bukti yang diperlukan pihak berkuasa menghalang ruang
pejuang hak asasi manusia, tangkapan hari ini menunjukkan buktinya,"
kata wakil pertubuhan itu, Isabelle Arradon.
Pada Ogos lalu, satu laporan yang dihantar kepada Majlis Hak Asasi
Manusia, Malaysia berikrar hak masyarakat dan politik dalam negara akan
berada pada landasannya dengan pembangunan sosio-ekonomi dan hak
kebudayaan.
Namun, awal minggu ini Amnesty International dan sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyaksikan janji
yang diberi itu kosong belaka.
“Tangkapan sewenang-wenangnya melanggar hak asasi peserta untuk berhimpun dan menyuarakan secara aman,” katanya.
Mereka yang ditangkap semalam termasuk Ahli Parlimen Seremban, Anthony
Loke; Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai dan beberapa ahli
politik pembangkang namun dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu
pertuduhan rasmi.
Peserta ditahan di bawah Artikel 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang
tugas penjawat awam. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman
penjara tiga bulan dan denda RM1,000.
Polis menahan kumpulan yang berhimpun secara aman itu berikutan
tindakan mereka menghalang perobohan Kampung Hakka, Mantin di Negeri
Sembilan.
Salah seorang peserta mendakwa polis bertindak kasar dan menyerang secara agresif.
Polis juga enggan berunding secara aman walaupun perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan dikemukakan.
Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu, berkata
Mahkamah Rayuan mengeluarkan arahan penangguhan untuk merobohkan kampung
itu pada jam 2 petang semalam selepas peserta ditahan. – 1 November,
2013.
No comments:
Post a Comment