Timbalan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah (gambar) memilih untuk "menutup mulut" berhubung isu
pelantikan Timbalan Presiden FAM yang kini dalam tempoh penggantungan
Tan Sri Annuar Musa, dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak negara.
"Saya diam sahajalah (pelantikan Annuar). Itu hak Menteri (Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin)...dia pun tidak minta pandangan saya,
jadi saya tak perlu komen," katanya.
Tengku Abdullah ditemui pemberita selepas majlis penajaan skuad hoki remaja kebangsaan oleh Felda di sini hari ini.
Annuar digantung selama dua tahun setengah bermula April tahun lepas
kerana melanggar Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila mengeluarkan
kenyataan berunsur negatif terhadap skuad Harimau Malaya. - Bernama, 26
November, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment