- Nov 27, 2013
- Harakahdaily
(Gambar: Datuk Kamaruddin bersama Menteri JPM Datuk Paul Low dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim)
PANAMA CITY: PAS turut menyertai Persidangan Anti
Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) di Panama City, yang
bersidang untuk tahun ketujuh tahun ini bermula 25 hingga 29 November
ini.
Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) yang hadir selaku wakil Parlimen Malaysia turut menjadi salah seorang ahli panel pada sesi anjuran Global Organisation of Parliamentarians Against Corruption (GOPAC) di sidang ini.
Selain beliau, turut serta sebagai wakil parlimen Malaysia adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan juga dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Pada persidangan itu juga turut menyaksikan Abu Kassim dilantik sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA).
IAACA telah ditubuhkan pada satu mesyuarat khas yang diadakan di Pejabat United Nations di Vienna pada 19-20 April 2006.
Abu Kassim mula dilantik sebagai seorang Ahli Eksekutif IAACA pada tahun 2010.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi ahli pengasas IAACA dengan objektif menggalak dan menyokong pelaksanaan UNCAC (United Nations Conventions Against Corruption) secara lebih berkesan.
Ia sehingga kini mempunyai lebih dari 300 keahlian yang merangkumi agensi dan organisasi pihak berkuasa anti pencegahan rasuah di dunia

No comments:
Post a Comment