- Dec 15, 2013 HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Seramai
80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November,
adalah warga asing.
Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik berkata daripada jumlah itu 35
telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta
Kastam 1967.
"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan
rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313
serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu
Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini.
Operasi yang akan diadakan selama dua minggu itu turut melibatkan
Jabatan Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan cawangan Selangor.
Beliau berkata pada tahun lepas, pihaknya melakukan 226 serbuan dan
merampas rokok putih dan kretek bernilai RM8.4 juta melibatkan cukai
bernilai RM26.6 juta.
Katanya, perbezaan nilai rampasan rokok dan cukai yang terlibat dalam
serbuan pada tahun ini dan pada tahun lepas adalah kerana kerajaan
telah menaikkan cukai rokok pada tahun ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment