18 Dis 2013
GPB bersetuju dengan kenyataan YB Khairy Jamaluddin hari ini , apa guna KDNK negara mencatat pertumbuhan tetapi realitnya kos sara hidup rakyat meningkat dan tidak mengambarkan realiti sebenar ekonomi .
YB KJ cukup lantang dan peka kehendak generasi muda dan sebagai Menteri muda dalam kabinet , harap beliau dapat bawa rintihan dan kesempitan golongan ini di mesyuarat kabinet esok .
Keresahan orang muda mengenai kenaikan kos sara hidup akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
GPB bersetuju dengan kenyataan YB Khairy Jamaluddin hari ini , apa guna KDNK negara mencatat pertumbuhan tetapi realitnya kos sara hidup rakyat meningkat dan tidak mengambarkan realiti sebenar ekonomi .
YB KJ cukup lantang dan peka kehendak generasi muda dan sebagai Menteri muda dalam kabinet , harap beliau dapat bawa rintihan dan kesempitan golongan ini di mesyuarat kabinet esok .
Keresahan orang muda mengenai kenaikan kos sara hidup akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
berkata, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah membangkitkan isu
itu rentetan kenaikan tarif elektrik, tol serta kesan gandaan yang bakal
berlaku terhadap barangan dan perkhidmatan lain.
"Saya akan membawanya dalam mesyuarat Kabinet
Rabu ini sebagai mewakili pandangan orang muda dan kerisauan mereka
tentang kenaikan yang datang sekali gus seperti tsunami.
"Ini adalah keresahan generasi muda berkaitan
kos sara hidup, kita masih belum pasti penyelesaiannya tetapi perkara
ini wajib saya bangkitkan," katanya dalam sidang akhbar selepas
menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara
kementeriannya dengan Intel Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan MPBN
Sidang 2 Penggal ke-29 yang dihadiri lebih 70 peserta mewakili majlis
belia negeri-negeri.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh dan Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.
Menurut Khairy, beliau membangkitkan isu
kenaikan kos sara hidup dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini
dan akan konsisten membawanya dalam mesyuarat Kabinet.
"Kenaikan banyak perkara secara serentak ini
yang hendak dibincangkan, malangnya, kita tangguh (kenaikan) semua ini
sudah lama, bila semuanya datang sekali, itu yang menjadi masalah kita
hari ini," katanya.
Berhubung kenaikan tol, jelas Khairy,
kerajaan terpaksa menanggung pampasan RM400 juta setahun kepada syarikat
konsesi sekiranya kenaikan ditangguhkan, namun beliau berpendapat ada
formula lain yang mungkin belum difikirkan.
"Semuanya ada kesan gandaan yang akan
dirasai kemudian, memang bila kita naikkan tarif elektrik, kira-kira 70
atau 80 peratus isi rumah tidak nampak kesan dalam bil mereka tetapi ada
kesan kemudiannya pada harga barangan dan perkhidmatan," katanya.
Menurut Khairy, beliau yakin kerajaan peka
mengenai masalah yang berlaku kerana keutamaan negara adalah untuk
menjaga kesejahteraan rakyatnya.
"Kita cakap kepada rakyat biasa bahawa
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan lima peratus
tetapi jika apa yang rakyat rasa adalah kos hidup meningkat, itu adalah
satu masalah kerana perangkaan ekonomi tidak menggambarkan realiti
ekonomi sebenar," katanya.
GENERASI PEJUANG BANGSA

Kerajaan bukan PEKA tapi PEKAK. Kalau peka takkan naikkan harga petrol dan diesel, caj elektrik dan tol.
ReplyDelete