
Laman
Facebook Datuk Seri Najib Razak bertukar menjadi talian aduan selepas
pengunjung bertalu-talu memberikan rungutan dan kritikan mereka,
beberaja jam selepas Najib mencadangkan sebuah makmal kos sara hidup
bagi mengkaji keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang dan
perkhidmatan.
“Adoi... Makmal otak dia. Baik buat makmal uji kaji binatang lagi
bagus. Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional iaitu makmal kos sara
hidup 1Malaysia. Betul-betul bodohkan rakyat. Terima kasih BN,” tulis
Sulaiman Leman Ahmad di laman sosial Najib, yang mempunyai peminat lebih
2 juta.
Semalam Najib buat pertama kali memberikan respon kepada keluhan rakyat
terhadap tindakan drastik kerajaan menyelaraskan subsidi dan menaikkan
harga, termasuk cadangan menaikkan kadar tol walaupun Barisan Nasional
menjanjikan penurunan tol pada pilihanraya Mei lepas.
Najib berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara
Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksaan (Pemandu), sebagai
langkah menangani peningkatan kos kehidupan.
“Makmal ini bertujuan untuk mengkaji serta merangka langkah-langkah
susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah ini.
“Kerajaan sentiasa mencari formula yang sesuai untuk menjaga kebajikan
dan kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama, kita juga perlu memandang
ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan,” tulis Najib,
disusuli 8,053 komen di Facebook pada ketika berita ini ditulis.
Seorang pengunjung, Rushdy Ali, menulis: “Setakat dengar baik tak payah
bedebah. Siap nak buat makmal. Buat apa nak menghabiskan duit lagi. Lu
spend banyak rakyat tanggung hutang. Memang haram setiap sen cukai kau
ambik.”
“Kamu buat hutang, rakyat yang kena tanggung beban nya? Menteri-menteri
kamu gaji dinaikkan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) untung 1.7billion
tetapi letrik naik jugak.
“PLUS untung berjuta-juta tapi tol di naikkan. Kalau mcm tu aku buat
hutang kamu bayar kan. Nak? Rajin-rajin la dengar masalah rakyat sebelum
buat sesuatu. Manifesto BN sebelum PRU kata kadar tol tidak akan di
naikkan.. Selepas PRU bukan saja tol tapi semua barang naik harga,”
tulis Syah Raja Azlan.
Sementara Mohd Eizar Farhan pula memohon Perdana Menteri untuk
memikirkan kesan yang bakal ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah
dan sederhana.
“Masyarakat perlukan minyak petrol untuk bergerak. 20 sen nampak sikit tapi hakikatnya ada org yang tak mampu.
“Nak tak nak terpaksa juga juga sebab ia penting kepada masyarakat kita. Harap fikir semula pihak kerajaan,” tulisnya mengeluh.
Seorang lagi pengguna Facebook, Faizul Rusli, meminta kerajaan
menurunkan harga minyak selari dengan penurunan harga minyak dunia.
“Tetapkan subsidi siling bagi minyak Ron 95 dan diesel... contohnya RM
1.00. Hapuskan cukai kereta nasional kpd 0%. Ini menggalakkan pembelian
kereta tempatan.” – 21 Disember, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment