DAP
hari ini mendedahkan sebuah syarikat yang tidak memiliki pengalaman
dianugerahkan empat projek insinerator bernilai RM153.74 juta dikuasai
oleh seorang bekas Panglima Tentera Laut dan keluarganya.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar), berkata empat projek
tersebut adalah di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan
Cameron Highlands diberikan kepada Syarikat XCN Technology Sdn Bhd
(XCNT) yang dimiliki oleh Tan Sri Abdul Wahab Nawi.
"Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman diberikan projek ini secara rundingan terus?
Laporan Audit Negara 2012 turut mendedahkan XCNT gagal menyiapkan
projek di Tioman sehingga tempoh akhir 6 Mei 2013, yang sudah hampir
masuk 1,000 hari lewat sejak projek tersebut diberikan pada Ogos 2007
lalu.
Daripada Laporan Audit Negara 2012, XCNT memperoleh projek di Langkawi
dan Pangkor pada 2007, dua lagi projek di Tioman dan Cameron Highlands
pula diperoleh selepas Syarikat Sumur Mutirara Sdn Bhd memindahkan
projek tersebut kepada mereka. - 23 Disember, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment