18 Dis 2013
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Norul Awatif Romli
KUALA LUMPUR: Enam maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar
selepas terbabit dalam satu kemalangan yang berlaku di bulatan Kampung
Pandan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan
dinaiki mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan lima perempuan
berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan
terbakar.
Harian Metro difahamkan, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan
gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama
kereta berkenaan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kesemua mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa.
"Setakat ini polis belum dapat mengesahkan identiti mangsa dan masih menunggu laporan bedah siasat.
"Waris mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. myMetro
No comments:
Post a Comment