Thursday, December 5, 2013

Ini dia imam rock 'n' roll

 4 Disember 
Pria ini dijuluki imam rock 'n' roll di Turki
Ahmet Muhsin Tuzer. ©Al Arabiya

Ahmet Muhsin Tuzer, imam sebuah masjid di Turki harus berhadapan dengan otoriti keagamaan di negerinya lantaran dia menjalani kehidupan lain sebagai ahli muzik rock.

Stesyen televisyen Al Arabiya melaporkan, Rabu (4/11), Tuzer mengaku dia telah disiasat oleh Diyanet, dewan masjid nasional, kerana aktiviti   muziknya.

"Saya sedang menunggu hasil dari penyiasatan mereka. Tapi apa pun hasilnya saya tetap akan bermusik," kata Tuzer dalam sebuah wawancara via telepon di tempat dia tinggal di kawasan Pinarkoy, Kota Kas.

Diyanet sedang mempertimbangkan apakah aktiviti bermusik Tuzer sesuai dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan peranan dia sebagai imam masjid, profesion yang digaji pemerintah.

"Saya ingin memperlihatkan bahawa anda boleh menjadi seorang muslim, mendengarkan musik rock dan menjadi orang modern sekaligus," kata lelaki tampan berusia 42 tahun itu.

Tuzer sempat menjadi sorotan publik ketika pada Ogos lalu dia tampil di sebuah festival muzik di Kas bersama bandnya.

Sebelumnya Tuzer juga sempat membuat berang para ulama di Turki ketika pada 1997 lalu. sewaktu masih menjadi imam masjid di Kota Istanbul, dia menikahi seorang pelancung wanita beragama Kristian yang kemudian masuk Islam. Dia kini sudah dikurniakan seorang putera berusia sebelas tahun.

"Jika mereka akan memecat saya maka saya akan melawan di mahkamah. Saya akan terus menjalankan tugas seperti yang Allah percayakan kepada saya," kata dia.
Merdeka.com

No comments:

Post a Comment