- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
SEREMBAN:
Anggota Dewan Undangan Negeri Lenggeng Datuk Ishak Ismail hari ini
mendakwa berlaku kegiatan curi pasir di satu kawasan di Pantai, dekat
sini.
Katanya siasatan beliau di lokasi itu mendapati ada beberapa buah
jentera yang dipercayai diguna untuk kegiatan mengorek pasir tersebut.
"Saya mendapat laporan bahawa kawasan ini beroperasi tanpa permit dan
lesen," katanya kepada pemberita yang mengikuti beliau ke lokasi
berkenaan.
Turut menyertai beliau ialah pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah
Seremban, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Majlis
Perbandaran Nilai, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta
anggota polis. - Bernama
No comments:
Post a Comment