Monday, December 16, 2013

Kerana Cinta, Bertahun-Tahun Lelaki Ini Tidur Bersama Mayat Isterinya

16 Dis 2013

   
Courtesy OddityCentral.com
Vemale.com - Cinta sejati sehidup semati itu ditunjukkan seorang lelaki di Vietnam ini dengan tetap menyimpan mayat isterinya selama bertahun-tahun.
Adalah Le Van, lelaki dari Quang Nam, Vietnam yang kematian isterinya pada 2003 lalu. Kerana mengaku tak boleh tidur tanpa memeluk pasangan tercinta, dia sempat tidur di atas kuburannya selama 20 bulan.

Courtesy OddityCentral 
Courtesy OddityCentral
 
Sayangnya cuaca tidak membantunya tidur di situ ,dia kehujanan, dan kesejukan kerana angin malam. Alhasil, dia memutuskan menggali terowongan di dalam kuburan untuk tidur bersama isterinya.
Anak-anak Le Van gemas mendengar rencana gila ayahnya, dan mereka mencari cara untuk menghentikan aksi gila ayahnya ini. Sekalipun mereka tahu bahawa ayahnya sangat mencintai ibunya, harus ada cara lain untuk membuat ayahnya tenang dan dapat tetap tidur berpelukan dengan ibunya.

Ketika dibuka kertas pembungkusnya, tulang istri Le Van terlihat | Courtesy OddityCentral 
Ketika dibuka kertas pembungkusnya, tulang isteri Le Van terlihat | Courtesy OddityCentral
 
Alhasil, tahun 2004, jenazah isteri Le Van yang sudah tinggal tulang dibungkus dalam potongan kertas dan cetakan tanah liat, pada wajahnya dipasang topeng boneka wajah, dan sejak itu Le Van memutuskan untuk selalu tidur memeluk jenazah isterinya itu.
Courtesy OddityCentral 
Courtesy OddityCentral

Courtesy OddityCentral 
Courtesy OddityCentral

Courtesy OddityCentral 
Courtesy OddityCentral
 
Aksi pemerintah terhadap Le Van
Suatu hari, seorang wartawan dari surat khabar NGuoi Lao Dong, seperti dilapor OddityCentral mengunjungi rumah Le Van. Spontan dia terkejut menemui patung gipsum menyeramkan yang di dalamnya terbungkus tulang isteri Le Van.

Le Van bercerita panjang lebar tentang perasaannya pada isterinya, dan usahanya agar kelak ketika isterinya bereinkarnasi mereka tetap boleh bersama. Usaha Le Van ini juga dilakukan kerana dia menganggap bahawa dulu dia bukan manusia, sehingga untuk bereinkarnasi menjadi manusia, dia harus berlatih dan melakukan kebaikan hati.

Pemerintah yang kemudian mendengarkan hal ini sempat mendesak Le Van untuk mengembalikan tulang jasad isterinya dan menguburkannya. Namun, kerana alasan cinta, Le Van menolaknya.
Le Van berkeras hati untuk tetap tidur bersama mayat isterinya ini sampai akhirnya ajal menjemputnya.

No comments:

Post a Comment