Sunday, December 1, 2013

Lelaki curi truk kerana dikejar zombie

  30 Nov 2013 detikNews
 
Minnesota - Ditangkap kerana mencuri sebuah truk, seorang lelaki di Minnesota, Amerika Syarikat ini malah mengaku dirinya dikejar zombie. 

Lelaki itu, Garrett Hurlbut dari Apple Valley   mencuri truk penghantar surat khabar lokal Star Tribune di sebuah stesyen minyak setempat. Ketika pemandu truk keluar dari kereta dan mengantarkan akhbar ke dalam, Hurlbut membawa lari truk tersebut.

Menyedari apa yang terjadi, pemandur truk tersebut kemudian melapor polis  dan pengejaran dilakukan. Sekitar beberapa kilometer dari stesyen minyak tersebut, atau tepatnya di sebuah perempatan jalan, polis  menemukan truk tersebut dalam keadaan berhenti dengan Hurlbut berada  dekatnya.

Kepada polis , seperti dilansir Fox News dan twincities.com, Sabtu (30/11/2013), Hurlbut mengaku dirinya dikejar zombie. "Dia mengaku terjatuh dari truk," tutur polis  yang tidak disebut namanya.

"Dia juga mengaku dirinya lari  kerana dikejar zombie," imbuh polis  tersebut.

Polis  kemudian membawa Hurlbut ke rumah sakit setempat kerana dia menderita luka di bahagian kepala. Lagi-lagi di rumah sakit, dia memberikan pengakuan yang sama.

"Dia mengaku ketakutan kerana dikejar zombie," ucap polis  tersebut.

Dokumen  polis menyebut, Hurlbut dalam pengaruh alkohol ketika ditangkap. Hasil pemeriksaan menemukan kadar alkohol sangat tinggi, yakni dua kali ganda  dari batas yang diperbolehkan.

Lelaki berusia 23 tahun ini belum pernah memiliki catatan jenayah sebelumnya. Namun akibat tindakannya ini, Hurlbut harus menjalani perbicaraan yang akan dimulai bulan depan.

No comments:

Post a Comment