Tuesday, December 24, 2013

Lelaki Ditangkap Gara-gara Tukar Buaya Hidup dengan 12 Tin Bir

23 Dis 2013 detikNews
 
Reuters
Florida - Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat ditangkap pihak keselamatan setempat terkait transaksi pembelian 12 tin bir. Bukan kerana dia tidak membayar, bukan. tetapi  kerana dia mencuba membayarnya bukan dengan wang, melainkan buaya hidup.

Cerita bermula ketika di suatu hari, Fernando Caignet Aguilera mendatangi toserba di Santa Ana di Miami. Dia memikul buaya berukuran empat kaki ke dalam kedai tersebut, yang dibungkus kardus warna cokelat.

Aguilera memang datang baik-baik, dia meminta buaya itu ditukar dengan 12 tin bir. Meski begitu, adanya buaya itu tetap saja mengejutkan pengelola kedai.

Pihak penjual langsung menghubungi pihak keselamatan yang diteruskan ke komisi perlindungan satwa liar setempat. Tak lama kemudian Aguilera ditangkap.

"Dalam fikiranku, aku mencuba untuk menukarnya dengan beberapa tin bir. Kerana aku tidak punya wang, bagaimana kalau aku cuba buaya ini yang aku tukar," ujar Aguilera kepada CBS4.

Penjaga kasir, Javier Herrera mengaku sangat terkejut dengan kedatangan Aguilera yang membawa buaya hidup. Dia ketika itu langsung mengusir calon pembelinya itu.

"Ketika saya melihatnya, saya bilang ke dia untuk membawa buaya itu keluar," ujar Herrera.

Pihak komisi perlindungan satwa liar Florida juga dibuat terkejut kerana aksi Herrera yang begitu polos tersebut. "Siapapun yang melakukan skema barter ini, tidak berfikir dengan benar," ujar jurucakap komisi Jore Pino kepada Reuters.

Kepada komisi, Aguilera mengatakan bahawa dia menangkap buaya itu dari taman. Kini buaya tersebut sudah kembali dilepaskan ke alam liar. Sedangkan Aguilera terancam denda 500 dollar US dan juga enam bulan   penjara.

"Ini benar-benar aneh. Saya benar-benar tidak membayangkan ada seseorang yang menginginkan barter buaya hidup sepanjang empat kaki untuk 12 tin bir. Ini benar-benar tak masuk akal," kata Pino

No comments:

Post a Comment