Monday, December 2, 2013

Mahathir lepaskan jawatan penasihat Petronas


Malaysiakini Dis 2 2013  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai penasihat Petronas berkuatkuasa semalam, lapor Utusan Malaysia.
Akhbar milik Umno itu, yang mendapat surat peletakan jawatan Mahathir dan memetik sumber, menyebut bekas perdana menteri itu ingin mengurangkan waktu kerjanya di pejabat.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu, lapor Utusan.

Sumber yang dipetik dalam laporan tersebut menyebut Mahathir memberi sumbangan kepada pelbagai agensi sejak meletak jawatan sebagai perdana menteri, 10 tahun lalu.
Mahathir memimpin pentadbiran negara selama 22 tahun dan sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober 2003.

Menurut akhbar berkenaan, masih belum dapat dipastikan sama ada Mahathir akan turut melepaskan jawatan sebagai canselor Universiti Teknologi Petronas dan penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman.
Mahathir, 80, juga merupakan penasihat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh DRB-Hicom.
Mahathir menerima rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 18 November lalu.

No comments:

Post a Comment