Harakahdaily Dec 07, 2013
KUANTAN:
Sebaik sahaja selesai menghadiri kes mahkamah di Kuala Lumpur pada
petang Jumaat, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terus bergegas ke
Kuantan bagi meninjau perkembangan banjir di sana.
Sebaik sahaja tiba di Kuantan beliau terus menghadiri taklimat
perkembangan semasa di Pusat Tarbiah PAS Indera Mahkota pada jam 12.30
malam disampaikan oleh Pengarah Pusat Khidmat Adun Beserah Mahmud Yaakub
serta petugas giliran malam.
Selepas itu beliau ditemani 12 petugas Skuad Bencana Alam Indera
Mahkota bergerak ke Bilik Gerakan Banjir PAS Kuantan yang berpusat di
Darul Fikri, Seri Damai Kuantan dan mendengar taklimat di berikan oleh
Komander Jabatan Amal Pahang.
Beliau melahirkan penghargaan PAS yang tidak terhingga terhadap kerja keras tanpa mengira penat lelah oleh jentera parti.
Mohamad turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada kedua-dua
bilik gerakan tersebut sebelum mengakhiri sesi tinjauan pada jam 3 pagi.
No comments:
Post a Comment