Thursday, December 12, 2013

Mat Zain cabar peguam tuntut siasatan terhadap akuan bersumpah

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
December 12, 2013

Shafee semalam berkata beliau akan mendedahkan hubungan Mat Zain dengan Anwar di mahkamah minggu depan.Shafee semalam berkata beliau akan mendedahkan hubungan Mat Zain dengan Anwar di mahkamah minggu depan.Jawapan balas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan peguam Umno itu dari bertindak sebagai Timbalan Pendakwaraya hari ini dianggap sebagai “sebakul sampah" oleh Datuk Mat Zain Ibrahim.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar.
“Saya sekarang mencabar Shafee untuk menuntut Perdana Menteri mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap akuan bersumpah (SD) saya dan baru dia tahu di mana kedudukannya.


 “Saya akan mengkaji afidavit Shafee satu demi satu dan merekodkan pemerhatian saya dalam SD akan datang. Pada saat ini saya boleh katakan afidavit dia tidak lengkap dan merupakan sebakul sampah.

“Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan selanjutnya,” kata Mat Zain. – 12 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment