Anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan pemberian peruntukkan khas ke kawasan mereka yang kurang dua kali ganda berbanding kawasan yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, kawasannya hanya mendapat RM300,000 sahaja berbanding kawasan BN sebanyak RM1 juta.

NONETeo (kiri) menganggap ketidakseimbangan peruntukan khas itu sebagai diskriminasi kepada pembayar cukai.

"Adakah penyokong Pakatan Rakyat tidak perlu atau membayar cukai yang rendah disebabkan mendapat peruntukan yang sedikit?" soalnya yang juga timbalan setiausaha publisiti kebangsaan DAP.

Baginya langkah itu tidak adil dan tidak menggambarkan slogan 1 Malaysia yang menyatakan rakyat dihahulukan.

Perdana menteri sebelum ini mengumumkan kawasan BN di semenanjung akan mendapat peruntukan khas RM 1 juta, RM300,000 juta bagi kawasan Pakatan, katanya.

Di Sabah dan Sarawak pula, RM 1.5 juta diperuntukkan bagi kawasan BN, manakala RM500,000 bagi kawasan Pakatan.