
Malaysiakini Dis 13 2013
PAS
akan tetap mempertahankan timbalan presiden Mohamad Sabu setelah
pendedahan 10 bukti beliau Syiah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
semalam.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) berkata bukti yang didedahkan KDN itu 'lemah' dan 'dangkal'.
"Saya menjangkakan bukti yang jelas tapi apa yang kita lihat ialah sesuatu yang amat dangkal...
"Sebagai contoh, melawat Iran. Ramai orang lawat. Saya sendiri pernah ke sana (Iran) beberapa kali. Jadi mereka yang melawat China dianggap Komunis?
"Bagaimana Umno yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China? Adalah Umno Komunis?" Kata beliau dipetik portal berita Harakahdaily.
Mustafa menambah bahawa memuji pemimpin revolusi Iran Ayatullah Khomeini juga tidak menjadikan seseorang itu Syiah atau membuktikan seseorang itu berkongsi kepercayaan dengan Khomeini.
Oleh itu, beliau menganggap 'pendedahan' tersebut tidak lebih dari cubaan Umno untuk mencemarkan nama PAS.
Hadi: Perlembagaan PAS sudah Sunni
Sementara itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) menjawab bahawa termaktub dalam perlembagaan parti itu bahawa setiap ahli PAS mestilah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau
berkata bawah fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum
tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang
nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah Wal Jamaah.
""Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) berkata bukti yang didedahkan KDN itu 'lemah' dan 'dangkal'."Saya menjangkakan bukti yang jelas tapi apa yang kita lihat ialah sesuatu yang amat dangkal...
"Sebagai contoh, melawat Iran. Ramai orang lawat. Saya sendiri pernah ke sana (Iran) beberapa kali. Jadi mereka yang melawat China dianggap Komunis?
"Bagaimana Umno yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China? Adalah Umno Komunis?" Kata beliau dipetik portal berita Harakahdaily.
Mustafa menambah bahawa memuji pemimpin revolusi Iran Ayatullah Khomeini juga tidak menjadikan seseorang itu Syiah atau membuktikan seseorang itu berkongsi kepercayaan dengan Khomeini.
Oleh itu, beliau menganggap 'pendedahan' tersebut tidak lebih dari cubaan Umno untuk mencemarkan nama PAS.
Hadi: Perlembagaan PAS sudah Sunni
Sementara itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) menjawab bahawa termaktub dalam perlembagaan parti itu bahawa setiap ahli PAS mestilah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau
berkata bawah fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum
tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang
nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah Wal Jamaah.""Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment