Harakahdaily Dec 05, 2013
KUANTAN:
PAS hari ini mempergiatkan lagi usaha menyelamat dan menyalurkan
bantuan untuk mangsa-mangsa banjir yang masih terperangkap dalam bencana
yang bermula Selasa lalu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu,
usaha tersebut akan di pergiatkan lagi berikutan talian telekomunikasi
dan elektrik yang berjaya di pulihkan malam tadi.
"Sebenarnya pergerakan kita terbatas dan seolah-olah hilang arah pada
malam Rabu lalu apabila bekalan letrik terputus dan di susuli pula
dengan bekalan telekomunasi yang memburukkan lagi keadaan," jelas beliau
yang juga Yang Di Pertua PAS Indera Mahkota.
"Hujan lebat yang luar biasa serta air pasang besar pada malam itu
menyebabkan air melimpah terlalu cepat serta di banyak tempat yang
selama ini tidak pernah di naiki air," ujarnya.
Menurut beliau, PAS Indera Mahkota serta Pusat Khidmat Adun Beserah
dibantu ahli dan penyokong PAS akan meneruskan kerja-kerja menyelamat
dan menyampaikan bantuan setakat yang termampu.
Andansura menambah, sebaik sahaja bekalan di pulihkan, pihaknya
mengerahkan seluruh jentera agar melipatgandakan gerakan menyelamat dan
menyampaikan bantuan terutama kepada mereka yang terkandas di Cendor,
Sungai Ular serta Cenderawasih.
Dalam lawatan ke Pusat pemindahan di Kampung Padang, Taman LKNP dan
Cenderawasih malam tadi, pihak sukarelawan mendapati masih banyak
barangan yang diperlukan mangsa banjir.
PAS Indera Mahkota menyeru warga Malaysia yang prihatin agar dapat
bersama-sama menyalurkan bantuan kewangan ke akaun BIMB Pusat Khidmat
Masyarakat DUN Beserah no. 0601 9010 0773 87.
No comments:
Post a Comment