Harakahdaily Dec 11, 2013
Salahuddin bergotong-royong mencuci perkakas dapur rumah mangsa banjir.
KEMAMAN: PAS di semua peringkat diarah menghantar
sukarelawan bagi membantu membersih rumah mangsa banjir yang terjejas
teruk khususnya di Kemaman dan Kuantan.
Bagi tujuan itu juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah melancarkan `Ops cuci' rumah mangsa banjir pada setiap minggu bermula hari Jumaat hingga Ahad.
Katanya, semua pimpinan PAS setiap kawasan dan negeri perlu mengambil peranan dengan mengarahkan ahli masing-masing untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
Beliau berkata, bantuan daripada seluruh negara perlu dilakukan segera memandangkan Pahang dan Terengganu merupakan negeri yang dilanda banjir besar kali ini.
"Saya harap semua mangsa banjir bersabar dengan ujian Allah kerana ia akan mendapat ganjaran yang lebih besar, insyAllah," katanya.
Atas keprihatinan dan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir beliau turut menyertai warga kerja Harakah yang sedang melakukan operasi membasuh pinggan mangkuk dan rumah Adun Chukai, YB Hanafiah Mat.
Sebelum itu beliau bersama Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad serta wakil Harakah, Mokhtar Rozaidi membuang tilam-tilam yang telah rosak akibat terendam air banjir.
Turut membantu operasi membersihkan rumah AJK DMPP, Aida Yusof Rawa dan Ustazah Rosiah Salleh yang berada di kampung Batu Mentok dan Gong Pauh selama dua hari.

No comments:
Post a Comment