Serangan
terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu oleh Naib Presiden Umno
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menuduhnya menganut fahaman Syiah
sedikitpun tidak menjejaskan kepercayaan parti Islam itu terhadapnya,
malahan beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Pulau Pinang bagi meredakan
ketegangan dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.
Pelantikan Mohamad memberikan isyarat PAS berdiri teguh di belakang
Timbalan Presiden mereka yang tidak henti-henti berhadapan dengan
serangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) dan media arus perdana.
Tindakan ini juga memperlihatkan PAS lebih mementingkan kerjasama
politik bersama Pakatan Rakyat (PR) daripada terjerat dalam perdebatan
Sunni-Syiah yang sudah lama selesai dikalangan ulama-ulama besar
kedua-dua aliran berkenaan di peringkat antarabangsa.
Hubungan rapat Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu dengan Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk
menjernihkan kembali hubungan kedua-dua parti PR di negeri itu, yang
keruh sejak kebelakangan ini.
"Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan
terkenal di negeri itu. Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha
hubungan baik dengan Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali semasa mengumumkan pelantikan Mohamad di Ibu Pejabat PAS
pagi tadi.
"Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu.”
Pelantikan pesuruhjaya negeri terletak di bawah bidang kuasa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohamad mula rapat dengan Lim semenjak kedua-dua pemimpin itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.
Mohamad mula rapat dengan Lim semenjak kedua-dua pemimpin itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.
Ahmad Zahid semasa ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno
2013 mengatakan beliau tidak faham mengapa perwakilan PAS memilih “orang
nombor dua” mereka daripada kalangan penganut fahaman Syiah.
Minggu lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti Mohamad
menganut fahaman Syiah yang diantaranya kerana Timbalan Presiden PAS
itu mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al
Khomeini.
Bukti-bukti dikemukakan KDN “ditertawakan” oleh pengguna media sosial
seperti laman Twitter sehingga #kagum menjadi popular pada hari
tersebut.
Ini mendorong KDN mengatakan bukti awal yang mereka dedahkan hanyalah
gred B dan masih terdapat bukti gred A dalam simpanan mereka.
Ekoran itu PAS menyifatkan KDN seperti “pembekal telur ayam” apabila
agensi itu mengatakan mereka mempunyai bukti gred A dan B berhubung
penglibatan Mohamad dengan fahaman Syiah.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata kenyataan KDN mengenai
hanya 1,500 rakyat Malaysia menjadi pengikut Syiah membuktikan fahaman
itu bukan satu ancaman besar tetapi digunakan untuk mengalihkan
perhatian rakyat daripada kenaikan kos kehidupan.
“Apa bukti gred A, gred B KDN? Macam pembekal telur ayam yang ada gred A, gred B dan Omega 3,” katanya.
Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan menyaman Ahmad Zahid kerana menuduhnya Syiah.
Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan menyaman Ahmad Zahid kerana menuduhnya Syiah.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Mohamad mengatakan tindakan
saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri
itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan
integriti.
"Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan
mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung
Umno baru-baru ini,” katanya.
"Beliau menuduh saya pemimpin Syiah dan mengaitkan Syiah adalah sesat
dan mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga
didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam
Negeri memberi kuasa kepada Jakim untuk mengambil tindakan ke atas
dirinya. – 17 Disember, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment