Harakahdaily Dec 17, 2013
- Muhammad Alias & Siti Hanisah USIM
Perkembangan
teknologi secara global telah mengubah wajah media massa seperti
majalah, radio, televisyen dan internet. Begitu juga dengan negara kita
yang tidak terlepas dalam menjadikan media sebagai medan untuk
mendapatkan maklumat dalam mahupun luar Negara. Artikel ini
membincangkan tentang konsep serta peranan media massa dan pengaruhnya
dalam kalangan masyarakat majmuk di Indonesia.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan tercetusnya idea untuk penulisan artikel ini adalah kerana media massa di Indonesia sebuah media yang bebas dan mempunyai banyak jenis agensi media massa. Tambahan pula, media massa Indonesia banyak terpengaruh dengan budaya barat dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Konsep kebebasan akhbar di Indonesia adalah bersumberkan kepada Artikel 28 Perlembagaan Indonesia 1945 dan selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.Ini menunjukkan bahawa akhbar di Indonesia tidak tertakluk kepada tapisan, larangan, dan sekatan dan ia boleh dikatakan bahawa akhbar di Indonesia adalah bebas sepenuhnya.
Konsep kebebasan ini diperkukuhkan lagi menerusi Akta Akhbar 1999. Artikel 2 menyatakan, kebebasan akhbar adalah satu daripada ciri-ciri kedaulatan rakyat berasaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kesaksamaan dan supremasi undang-undang.
Artikel 4(1) menyatakan, kebebasan akhbar adalah dijamin sebagai hak asasi setiap warganegara. Artikel 4(2) menegaskan, akhbar nasional tidak mempunyai tapisan, sekatan atau larangan. Bagaimanapun, Artikel 5(1) menyatakan, akhbar nasional mempunyai obligasi untuk melaporkan peristiwa dan pendapat dengan menghormati nilai-nilai agama dan nilai-nilai masyarakat umum.
Sementara itu, Artikel 6(b) menyatakan, akhbar nasional mestilah memainkan peranan menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, serta menghormati kepelbagaian. Artikel 6(c) menyatakan, akhbar nasional mestilah mengembangkan pendapat umum berasaskan kepada maklumat yang benar, tepat dan sah. Selanjutnya, Artikel 13 pula menghuraikan, syarikat akhbar dilarang memaparkan iklan yang merendahkan maruah sesuatu agama.
Akhbar di Indonesia mempunyai peranan yang penting seperti negara lain yang banyak mengubah gaya hidup atau budaya setempat. Meraka menggunakan cara mempengaruhi (persuade) iaitu cara berfikir oleh suatu kelompok atau kalangan masyarakat tertentu agar menyukai dan mengikuti suatu hal yang baru atau asing bagi mereka. Pengaruh tersebut dapat dinilai dari segi positif atau negatif yang dapat membentuk suatu proses medenisasi dan westernisasi.
Menurut McQuail[1] (2000: 102) dalam bukunya berkata bahawa “the mass media are largely responsible for what we call either mas culture or popular culture, and they have ‘colonized’ other culture forms in the process”. Demikian jelaslah menunjukkan Indonesia menggunakan budaya dan gaya hidup barat dalam penyebaran maklumat melalui saluran penyiaran dan ini dikaitkan dengan era westernisasi.
Selain itu, media massa juga memberi kesan positif apabila menuju kepada proses medenisasi dimana media menyampaikan ilmu pengetahuan, inovasi pendidikan mahupun teknologi terbaru. Perusahaan asing yang mencipta teknologi canggih menggunakan media massa untuk memperkenalkan inovasi terbaru produk mereka baik berbentuk iklan komersial ataupun liputan berita. Secara tidak langsung informasi yang ditayangkan memberi pengetahuan baru kepada masyarakat Indonesia sekaligus membuatkan mereka mahu menggunakan teknologi tersebut.
Teknologi komunikasi juga telah berkembang dengan pesatnya iaitu dengan kemunculan iklan dalam televisyen mahupun majalah yang menampilkan perkembangan inovasi yang terdapat dalam telefon pintar atau internet. Hal ini menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan media massa sekaligus meggunakan produk terbaru yang telah dikeluarkan oleh negara barat supaya tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih.
Media massa juga boleh dianggap sebagai medium dalam berpolitik dan sebagai alat penyampaian maklumat dan mesej yang sangat berkesan. Kekuatan media massa ini juga digunakan oleh pemerintah mahupun suatu kelompok masyarakat untuk mempengaruhi orang awam.
Akhbar nasional di Indonesia adalah dituntut supaya menghormati nilai-nilai agama, menghormati nilai-nilai masyarakat, menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, menghormati kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum dan tidak merendahkan maruah agama serta tidak menjejaskan keharmonian antara penganut pelbagai agama, dan tidak mencemarkan kesusilaan masyarakat.
Sistem demokratik politik di Indonesia menggunakan media massa sebagai platform untuk mempertahankan keutuhan wilayah republik Indonesia dan memperkukuhkan persatuan dan kesatuan Indonesia yang akan memberi ruang yang semakin luas untuk mewujudkan keadilan social dan kesejahteraan bagi seluruh rakyat Indonesia. Sistem komunikasi politik di Indonesia dikembangkan dengan dasar komunikasi yang bebas dan bertanggungjawab.
Mengikut kepada prinsip kewartawanan adalah seseorang wartawan perlulah bersikap adil dan jujur dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Wartawan juga perlulah bersikap terbuka dan tidak memiliki sifat berat sebelah dimana mempunyai pandangan yang serong terhadap mana-mana parti politik, kaum atau agama dalam kehidupan masyarakat.
Di samping itu, media massa juga berfungsi untuk menyuarakan suara pembangunan dan aktiviti kerja pemerintah, menyuarakan idea-idea politik, membina kebudayaan politik kemudian memelihara dan mewariskannya kepada generasi seterusnya.
Setiap media massa di Indonesia juga bebas memberitahu segala maklumat politik selagi mana tidak bertentangan dengan etika media dan tidak membahayakan kepentingan negara dan masyarakat. Di samping itu, media massa juga berfungsi untuk menyuarakan suara pembangunan dan aktiviti kerja pemerintah,menyuarakan idea-idea politik, membina kebudayaan politik kemudian memelihara dan mewariskannya kepada generasi akan datang.
Kesimpulannya, para wartawan perlulah dipantau agar berita-berita yang dipaparkan adalah benar dan mengajak masyarakat untuk ikut serta dalam membina sistem politik Indonesia yang lebih baik.
Oleh itu, kerajaan Indonesia perlulah mengurus seluruh media massa sebagai alat untuk pembangunan politik, dan bukan sebagai medium untuk menjatuhkan negara tetapi menjadikan cara kritikan yang membina bagi memajukan negara.

No comments:
Post a Comment