
Presiden
PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Mohamad Sabu mengadakan pertemuan
empat mata dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
untuk menyelesaikan tuduhan “Syiah” ke atas timbalan presiden PAS itu.
Menurutnya, usaha untuk menyelesaikan tuduhan tersebut secara tertutup akan memberi kebaikan kepada umat Islam di negara ini.
"Adalah bagus kalau kedua-duanya dapat bersua muka dalam pertemuan tertutup dan menyelesaikan isu itu.
"Tindakan seperti ini sudah tentu memberi kebaikan kepada Islam," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.
Ibrahim berpendapat, Ahmad Zahid hanya “tersilap cakap” kerana menuduh Mohamad seorang pengikut Syiah.
"Ia sudah menjadi isu dan ia adalah isu politik. Tersalah cakap sedikit, apabila buat sebarang kenyataan ia dah jadi isu,” katanya.
Bagaimanapun, Zahid berhak membuat kenyataan seperti itu atas sebab keselamatan negara dan Mohamad pula berhak mempertahankan diri dari tuduhan seperti itu, katanya.
"Saya berpandangan Mat Sabu berhak mempertahankan dirinya," kata Ibrahim yang berkata Mohamad berhak mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan berkenaan.
Kementerian
Dalam Negeri pada 12 Disember lalu antara lainnya mengemukakan bukti
bahawa Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah kerana mengkagumi kepemimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini.
Mengulas mengenai perkara itu, Ibrahim turut mengakui bahawa beliau pernah mengunjungi Khomeini dan pernah merakam gambar pertemuannya dengan tokoh tersebut.
Menurutnya, gambar itu diambilnya sewaktu beliau pulang dari menunaikan umrah dan singgah ke Perancis sehari sebelum Revolusi Iran 1979 tercetus sewaktu Khomeini berada di sana.
"Saya sudah komen apabila tengok gambar saya bersama Ayatollah Khomeini mula tersebar kembali, dan ia adalah benar.
"Saya rasa saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang pernah bertemu dengannya.
"Tiada apa-apa pun dapat jumpa Ayatollah Khomeini ini," katanya
Menurutnya, usaha untuk menyelesaikan tuduhan tersebut secara tertutup akan memberi kebaikan kepada umat Islam di negara ini.
"Adalah bagus kalau kedua-duanya dapat bersua muka dalam pertemuan tertutup dan menyelesaikan isu itu.
"Tindakan seperti ini sudah tentu memberi kebaikan kepada Islam," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.Ibrahim berpendapat, Ahmad Zahid hanya “tersilap cakap” kerana menuduh Mohamad seorang pengikut Syiah.
"Ia sudah menjadi isu dan ia adalah isu politik. Tersalah cakap sedikit, apabila buat sebarang kenyataan ia dah jadi isu,” katanya.
Bagaimanapun, Zahid berhak membuat kenyataan seperti itu atas sebab keselamatan negara dan Mohamad pula berhak mempertahankan diri dari tuduhan seperti itu, katanya.
"Saya berpandangan Mat Sabu berhak mempertahankan dirinya," kata Ibrahim yang berkata Mohamad berhak mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan berkenaan.
Kementerian
Dalam Negeri pada 12 Disember lalu antara lainnya mengemukakan bukti
bahawa Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah kerana mengkagumi kepemimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini.Mengulas mengenai perkara itu, Ibrahim turut mengakui bahawa beliau pernah mengunjungi Khomeini dan pernah merakam gambar pertemuannya dengan tokoh tersebut.
Menurutnya, gambar itu diambilnya sewaktu beliau pulang dari menunaikan umrah dan singgah ke Perancis sehari sebelum Revolusi Iran 1979 tercetus sewaktu Khomeini berada di sana.
"Saya sudah komen apabila tengok gambar saya bersama Ayatollah Khomeini mula tersebar kembali, dan ia adalah benar.
"Saya rasa saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang pernah bertemu dengannya.
"Tiada apa-apa pun dapat jumpa Ayatollah Khomeini ini," katanya
Untuk kebaikan kepada Islam sebaiknya isu tuduhan syiah diselesaikan di mahkamah sahaja, tiada alternatif lain. Dapat keputusan yg jelas untuk panduan semua dan bukan ditutup beitu saja.
ReplyDelete