Perwakilan
Umno hari ini meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan slogan salam
1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.
Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden hari ini.
"Tempat dia bertanding kita kerja siang malam, tempat kita bertanding dia kerja tak sampai sehari," kata beliau merujuk pada parti majoriti kaum lain yang bersekutu dengan Umno.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan parti yang terlibat.
Musa (kanan) turut menyokong desakan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menolong orang Melayu khususnya ahli Umno.
Malah veteran Umno ini turut memerli jawatankuasa tertinggi Umno yang mengabaikan ahli setia dalam pemberian projek dan tempat di syarikat GLC.
"Wanita pun nak dijadikan tulang belakang sahaja. Nak suruh buat kerja panggil wanita tapi syarikat GLC bagi orang luar.
"Umno ditubuhkan oleh orang Melayu, kita ni orang Melayu. Kalau MCA, DAP dan Gerakan boleh bercakap pasal kaum mereka kita pun boleh!" Kata beliau disambut sorakan oleh para perwakilan.
Mahu Dr M kembali ke Petronas
Musa turut menghentam syarikat GLC yang mengabaikan orang Melayu dan ahli Umno seperti Petronas dan Tenaga Nasional Berhad.
"Sampai ada syarikat GLC, nasi lemak pun nak import dari luar negara. Nasi lemak kita lagi sedap," kata beliau merujuk pada Petronas.
Sebelum menamatkan ucapan beliau,ketua bahagian Bukit Mertajam itu turut meluahkan kemahuan perwakilan untuk mantan Perdana Menteri Tun Mahahthir Mohamad (kiri) kembali menjadi penasihat Petronas.
Musa juga meminta Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan hasrat beliau kepada Mahathir.
"Kami semua mahu Tun (Mahathir) kembali pada jawatannya sebagai penasihat Petronas," kata beliau disambut sokongan penuh para perwakilan.

No comments:
Post a Comment