Ketua
Wanita Umno Kubang Kerian Datuk Zaleha Husin hari ini mencadangkan agar
Umno bergabung dengan PAS bagi memastikan kedudukan Islam dan Melayu di
negara ini terus terjamin.
Zaleha ketika berucap menyokong usul pendidikan agama dan sosial
bagaimanapun khuatir dengan keikhlasan PAS, kerana parti Islam itu mudah
berubah fikiran apabila ditegur rakan komponen Pakatan Rakyat (PR)
seperti DAP.
"Kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan PAS untuk bermuzakarah. Sudah
sampai masanya PAS dan Umno bergabung kerana kita tiada masa. Kalau Umno
dan PAS bergabung, tidak mustahil negara ini tidak akan hilang ditelan
zaman.
PAS dan Umno jelas Zaleha ketika membahaskan usul dalam Persidangan
Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur adalah
ibarat sebuah bangunan kukuh yang akan runtuh jika kedua-duanya tidak
disatukan.
"Antara kita dan PAS sebenarnya ibarat satu bangunan, takkan runtuh
bangunan itu. Kalau tiada kerjasama erat, tidak mustahil ia akan runtuh
suatu hari nanti," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pejuang sebenar Islam di Malaysia adalah
Umno kerana berupaya membangunkan sistem kewangan tanpa riba, berbanding
PAS yang hanya diterjemahkan melalui cara berpakaian.
"PAS ni tidak lebih daripada mengiklankan pakaian. Bila sebut PAS, dengan serban besar, kain tudung labuh sampai lutut.
No comments:
Post a Comment