Seorang
lelaki Arab Saudi bunuh diri dengan menyiramkan minyak tanah dan
membakar tubuhnya. Perkara ini disebabkan dia tidak dapat terima
kenyataan
tunangannya adalah saudara satu susu.
Laman
emirates247.com melaporkan, Selasa 3 Disember, dalam Islam saudara
satu susu haram menikah lantaran susu berasal dari aliran darah ibu yang
sama. Itu bererti mereka meminum darah yang sama dan darjatnya sama
dengan
saudara kandung.
Lelaki 20 tahun itu terus dikejarkan ke rumah sakit di Wilayah
Jazan Selatan dengan cedera terbakar yang parah. Namun dia meninggal dalam
perjalanan.
"Polis diberitahu laki-laki itu bunuh diri setelah mengetahui
tunangannya ternyata pernah menyusu pada ibu dia ketika bayi," tulis akhbar berbahasa Arab Sharq.
gambar hiasan
No comments:
Post a Comment