Harakahdaily Dec 14, 2013
KUALA LUMPUR:
Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini
dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat
Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak
dengan tinggi.
Contohnya, kata Setiausaha Politik Ahli Parlimen
Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, pengurangan subsidi minyak,
penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai
GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel.
“Secara
tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya
untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu sebenar yang
melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta
selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak
berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini,” ujarnya dalam satu
kenyataan media, seperti di bawah.
Negara kita sekali lagi
dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-mata
untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan
peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi. Contohnya
pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif
elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan
tambang LRT dan monorel.
Timbalan Perdana Menteri merangkap
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Perhimpunan
Agung Umno, 3 Disember lalu, mencadang untuk memasukkan perkataan ‘Ahli
Sunnah Wal Jamaah’ pada takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
kononnya untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia.
Sehari
selepas pengumuman kenaikan tambang LRT dan monorel yang sememangnya
akan membawa kesan kepada ramai orang awam di Kuala Lumpur dan Selangor
khasnya, kita digemparkan lagi dengan isu Syiah dan hasrat kerajaan
dalam menentang kefahaman Syiah di negara ini.
Baru-baru ini,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan
rancangan untuk mewujudkan pasukan polis syariah khas untuk mengekang
kegiatan pengikut Syiah.
Ribuan pelajar Syiah di Malaysia
No comments:
Post a Comment