Walaupun
tanpa keterangan pembantu Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Rayuan harus
tetap menjalankan hukuman kepada dua komando polis terhadap pembunuhan
peragawati warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam rayuan Putrajaya ke atas sabitan dua pegawai polis itu, pembantu
Najib, DSP Musa Safri tidak diperlukan di mahkamah untuk memberikan
keterangan kerana beliau bukan orang terpenting dalam kes ini.
Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 3 Januari, peguam negara
menyenaraikan enam sebab mengapa ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu
bersalah daripada segi undang-undang dan fakta bagi membenarkan anggota
polis itu bebas daripada hukuman gantung.
Dakwaan dalam petisyen mengatakan walaupun tanpa Musa, semua keterangan dakwaan itu dibuat sewaktu perbicaraan mahkamah.
Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu memutuskan bahawa kegagalan
pendakwa untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap dua
pegawai polis itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berkata, Mahkamah Rayuan memutuskan
kes harus ditarik balik kerana kegagalan untuk memanggil Musa bagi
memberi keterangan.
Manoj berkata, afidavit bagi penganalisis politik, Abdul Razak Baginda
mendedahkan atas sebab inginkan ikat jamin, peranan Musa hanya setakat
memperkenalkan beliau kepada ketua polis Bricksfield.
"Setelah itu, Musa tidak mempunyai sebarang peranan untuk dipanggil
sebagai saksi. Tambahan lagi, Azilah memberitahu mahkamah bahawa
sebarang tindakan atau keputusan adalah kehendak beliau sendiri.
"Sedangkan Sirul sendiri yang memberikan kenyataan di mahkamah berkata
bahawa Musa tidak ada kaitan mahupun memberikan sebarang arahan," kata
Manoj dalam petisyen rayuan sepanjang 10 muka surat itu.
Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dibebaskan
selepas rayuan mereka terhadap keputusan hukuman Mahkamah Tinggi
diluluskan oleh Mahkamah Rayuan.
Dua pegawai polis yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK)
itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.
Razak, yang merupakan kekasih Altantuya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi
pada 2009 atas sebab subahat tanpa dipanggil membela diri.
Namun, ketika perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa Razak
yang menjadi rakan Najib, meminta pertolongan Musa kerana sudah tidak
tahan dengan gangguan daripada Altantuya.
Manoj berkata, sebab kedua adalah mahkamah rayuan tersalah faham
apabila para hakim menekankan bahawa nota hakim perbicaraan tidak
membincangkan sama ada tertuduh mempunyai niat yang sama untuk membunuh.
"Mahkamah Rayuan menganggap tiada rancangan awal daripada tertuduh oleh
kerana hakim perbicaraan tidak membuat analisis mendalam mengenai
perkara itu," katanya.
Manoj berkata, sebab ketiga ialah Azilah memberikan notis membuktikan
beliau tidak berada di tempat jenayah menjadikan rayuan mahkamah
memindahkan beban kepada bukti dakwaan.
Dalam pembelaannya Azilah berkata, beliau ketika itu berada di Bukit
Aman dan hujah pendakwa adalah pembela harus membawa saksi untuk
menyokong alibi.
Manoj berkata, catatan dalam buku diari masuk bukan merupakan bukti bahawa Azilah berada di Bukit Aman.
Katanya, sebab keempat ialah Mahkamah Rayuan juga tersilap ketika
menolak ketepatan rakaman panggilan telefon yang dikemukakan saksi
daripada syarikat telefon bimbit.
Dalam Mahkamah Tinggi, pihak pendakwa menyerahkan bukti catatan tarikh
untuk membuktikan pergerakan Azilah pada malam pembunuhan.
Bagaimanapun, pembela berkata bukti tersebut harus ditolak atas sebab
ia diubah suai lantas keaslian data tersebut menjadi tanda tanya.
Manoj berkata, sebab kelima ialah menyentuh informasi yang diberikan
kedua-dua tertuduh yang menyebabkan penemuan polis kepada barangan milik
Altantuya dan tempat sebenar jenayah itu dilakukan.
Pendakwa berkata, informasi diberikan daripada kedua-dua yang dituduh
secara sukarela manakala pihak pembela pula berkata polis sudah mendapat
tahu informasi itu terlebih dahulu dan membawa Azilah dan Sirul ke
tempat jenayah hanyalah sebuah 'drama'.
Manoj berkata, sebab keenam adalah kerana mahkamah rayuan tidak
mempertimbangkan bahawa Sirul memiliki bahan letupan jenis C4 yang
beliau boleh perolehi dari tempat kerja.
Katanya, bukti yang dikumpulkan serta laporan pakar patologi yang
mengatakan mangsa mati kerana letupan membuktikan Sirul memiliki bahan
letupan itu.
Peguam utama Sirul, Datuk Hazman Ahmad, berkata Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh rayuan melalui pengurusan kes.
Bagi memastikan penyelesaian kes yang cepat di Mahkamah Persekutuan,
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata rayuan penjenayah akan
dilakukan tiga bulan selepas laporan rayuan lengkap diterima.
Azilah dan Sirul didakwa membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah
Alam di antara jam 10 malam pada 19 Oktober sehingga 1 pagi pada 20
Oktober 2006 sementara Razak pula didakwa atas tuduhan bersubahat.
Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 selepas pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Enam bulan kemudian, Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati namun
pada 23 Ogos 2009, sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan
membebaskan mereka atas sebab kekurangan bukti. - 11 Januari 2014.
No comments:
Post a Comment