Saturday, January 25, 2014

Lelaki dihukum mati kerana mengaku nabi

  25 Jan 2014
 
Gambar hiasan
Islamabad - Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman mati keatas  seorang lelaki warganegara England atas dakwaan penodaan agama. Lelaki keturunan Pakistan ini mengaku sebagai salah satu nabi Islam.

Mohammad Asghar ditangkap pada tahun 2010 lalu oleh polis  di wilayah Rawalpendi, dekat Islamabad. Lelaki berusia 65 tahun ini ditangkap kerana menulis sejumlah surat yang di dalamnya mengaku bahawa dirinya nabi.

Sejak saat itu, Asghar ditahan di penjara Adiala yang ada di Rawalpindi selama menjalani masa perbicaraan yang dibuat secara khas di dalam penjara tersebut. Dalam perbicaraan terakhir, hakim menolak pembelaan peguam Asghar bahawa kliennya mengalami gangguan mental.

"Asghar mengaku dirinya sebagai nabi, bahkan di dalam mahkamah pun  dia mengaku di hadapan hakim," jelas pendakwaraya kes ini, Javed Gul seperti dilansir AFP, Jumaat (24/1/2014).

"Asghar biasa menuliskannya dalam kad namanya," imbuh Gul.

Penodaan agama merupakan kes yang sangat sensitif di Pakistan yang mayoriti penduduknya muslim. Menghina Islam dan Nabi Muhammad terancam hukuman mati.

Sejak tahun 2008, Pakistan memberlakukan eksekusi mati dengan cara digantung. Namun pada praktiknya, baru ada satu orang yang dihukum gantung yakni seorang tentera yang divonis mati oleh mahkamah tentera setempat.

Selain dihukum mati, Asghar juga diwajibkan membayar denda sebesar 1 juta rupee Pakistan  .detikNews

No comments:

Post a Comment