Tentera Perancis berpatrol di wilayah Bangui.
Seorang lelaki di Republik Afrika Tengah mengaku telah memakan daging manusia kerana ingin "membalas dendam" atas kematian keluarganya.
Lelaki yang menamakan dirinya "Mad Dog" atau "Anjing Gila" ini ikut dalam sekelompok warga Kristian yang menyerang seorang warga Muslim di ibu kota Bangui.
Kepada BBC, dia mengatakan dia merasa "marah" kerana kematian isterinya yang sedang mengandung, saudara ipar, dan bayinya dalam konflik sektarian.
Setidaknya 1,000 terbunuh dalam aksi kekerasan yang terjadi di negara yang majoriti Kristian ini pada Disember lalu.
Puluhan ribu orang juga terpaksa pergi dari rumah mereka kerana konflik sektarian.
Namun wartawan BBC mengatakan kini konflik sudah mereka di Bangui setelah milisi rival meletakkan senjata mereka dalam gencatan senjata yang Tentera Perancis menjadi orang tengah.
Mengekori mangsa
Mad Dog mengatakan kepada wartawan BBC Paul
Wood dia telah melihat korban - yang seorang Muslim - duduk di minibus
dan memutuskan untuk mengikutinya.
Banyak dan lebih banyak orang lantas bergabung dengan aksinya itu.
Dia memaksa pemandu bas untuk berhenti dan menyeret orang itu ke jalan, di mana dia dipukul , ditusuk, dan dibakar.
Sebuah video rakaman memperlihatkan Mad Dog tampak sedang memakan kaki korban.
Menurut saksi , tidak ada orang yang mencuba mencegahnya.
Aksi kanibalisme jarang terjadi di Republik Afrika Tengah, namun ramai pejuang Kristian percaya pada ilmu ghaib, kata Paul Wood.
Kes kanibalisme pernah juga terjadi di Perancis, ketika seorang tunawisma membunuh seorang manula serta memakan lidah dan jantungnya.

BBCIndonesia.com - detikNews
No comments:
Post a Comment