Malaysiakini Jan 12 2014
ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad mahu
reformasi menyeluruh struktur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta
rombakan liga domestik negara bagi menyelesaikan masalah yang
membelenggu sukan nombor satu negara ini.
Beliau berkata reformasi ini perlu bermula dengan penukaran presiden FAM yang telah berada di kedudukan itu selama 30 tahun dan tahap bola sepak masih di takuk lama.
"Bagi
mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi
menyeluruh bermula dengan penukaran presiden FAM dan struktur organisasi
tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di
peringkat akar umbi.
“Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memberi pandangan berikutan laporan media bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya.
Selain Troussier yang berjaya membawa tiga negara ke Piala Dunia, nama Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic turut dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.
Minta RM4 juta setahun?
Nik Nazmi bimbang dengan pelaburan besar tanpa manfaat apabila beberapa sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.
Justeru
beliau yang juga timbalan speaker Selangor menyambut baik
kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan
Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan pelantikan jurulatih yang
mahal buat negara.
"Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi.
“Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan.
“Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata," kata beliau.
Beliau berkata reformasi ini perlu bermula dengan penukaran presiden FAM yang telah berada di kedudukan itu selama 30 tahun dan tahap bola sepak masih di takuk lama.
“Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memberi pandangan berikutan laporan media bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya.
Selain Troussier yang berjaya membawa tiga negara ke Piala Dunia, nama Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic turut dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.
Minta RM4 juta setahun?
Nik Nazmi bimbang dengan pelaburan besar tanpa manfaat apabila beberapa sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.
"Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi.
“Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan.
“Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata," kata beliau.
No comments:
Post a Comment