- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong (gambar) berkata
adalah penting bagi rakyat Singapura memperkukuh ikatan demi menjamin
semua kaum dapat hidup selesa sebagai sebuah bangsa yang bersatu.
Semalam Lee mengadakan pertemuan
dengan tokoh-tokoh masyarakat dan agama, bersama beberapa orang Menteri
dan Anggota Parlimen, membincangkan secara terus terang dan bermanfaat
isu pemakaian tudung.
Lee berkata isu pemakaian tudung oleh wanita Muslim adalah perkara penting bagi kebanyakan orang Islam di Singapura.
"Saya memberitahu kumpulan
berkenaan bahawa saya cukup memahami hasrat mereka untuk membenarkan
wanita Muslim yang memakai uniform mengenakan tudung.
"Tetapi isu lebih besar jadi pertaruhan: Apakah bentuk masyarakat yang kita inginkan?," kata beliau.
"Memang, keharmonian kaum yang kita nikmati tidak sempurna, ia sebenarnya lebih rapuh dan berharga dari apa yang kita sedari.
"Mari kita berusaha gigih untuk
memperkukuhkannya supaya semua kaum boleh hidup bersama dengan selesa
sebagai satu bangsa yang bersatu-padu," kata beliau.
Sambil menyatakan bahawa Singapura
adalah sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang harmoni, Lee
berkata kaum minoriti sudah sebati dengan masyarakat lebih besar namun
tetap memiliki peluang sepenuhnya untuk mengekalkan identiti dan
mengamalkan agama masing-masing.
"Jadi saya sedar betapa gentingnya
untuk memperkukuh ikatan kita bersama dan mengekalkan keyakinan dan
kepercayaan yang mendatangkan manfaat untuk kita semua, lebih-lebih lagi
kaum minoriti.
"Dalam isu tudung, keadaan yang
kita lihat hari ini tidak akan kekal begini. Sikap akan berubah dan
dikemaskini. Sepanjang sedekad lalu, ada kemajuan yang bertahap dalam
isu ini.
"Kini, banyak badan berkanun
membenarkan kakitangan mereka memakai tudung bersama pakaian seragam
misalnya Lembaga Pengangkutan Darat (LTA), dan Agensi Alam Sekitar
Nasional (NEA).
"Dalam lima, 10 tahun lagi, saya yakin keadaan akan berubah, tidak seperti hari ini.
kita terus bergerak secara bertahap dan berhati-hati," kata Lee. - Bernama
No comments:
Post a Comment