Monday, January 20, 2014

Wanita ini Dipenjara kerana Curi Tulang Mayat untuk Latih Anjingnya

20 Jan 2014
Wisconsin, - Seorang mantan petugas rumah sakit di Wisconsin dibicarakan di mahkamah setempat dan dia didapati  bersalah kerana mencuri tulang belakang dari mayat dengan alasan untuk melatih anjingnya atau biasa disebut Cadaver dog.

Cadaver dog, merupakan anjing yang dilatih secara profesional untuk mendeteksi dan mengenali tubuh manusia yang telah mati. Untuk alasan pekerjaan dan perubatan, wanita ini mencuri tulang belakang tersebut untuk dijadikan alat melatih anjingnya.

Seperti laporan Reuters, Isnin (20/1/2014), Traci England (46) akan dibicarakan pada 10 Februari ini untuk dua kes jenayah. Selain diadili kerana kes ini, England juga dipecat dari pekerjaanya.

Dari catatan amahkamah setempat, England diketahui mengambil sepotong tulang belakang sesosok jenazah ketika dia melakukan bedahsiasat pada 5 September 2011 lalu.

Wanita ini juga sempat memberitahukan rakan kerjanya bahawa potongan tulang belakang tersebut akan digunakan untuk melatih anjingnya. Pasukan penyiasat   dari polis  juga melaporkan bahawa England merasakan dirinya sangat beruntung memiliki tulang tersebut kerana memang sangat sukar untuk  dapatkan.

Selama pencarian dan penggeledahan di kediaman England, petugas polis juga menemui benda berbentuk otak dan hati bersama sepotong tulang dalam sebuah kantong di garaj wanita tersebut.  detikNews

No comments:

Post a Comment