11 Feb 2014
Teheran, myMetro: Pemain bola wanita Iran semalam diwajibkan menjalani ujian
pemeriksaan jantina selepas empat pemain dalam pasukan kebangsaan
wanita negara itu disahkan lelaki.
Petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan secara rawak ketika
sesi latihan dan pemain yang gagal dalam pemeriksaan itu, selain tidak
dapat membuktikan jantina mereka akan diharamkan daripada menyertai
perlawanan.
Pihak berkuasa bola sepak Iran mengumumkan pemeriksaan rawak itu
selepas mendapati beberapa pemain, termasuk empat dalam pasukan
kebangsaan wanita sebenarnya lelaki yang belum menjalani pembedahan
menukar jantina atau mereka yang mengalami masalah kekeliruan jantina.
Pembedahan menukar jantina dibenarkan di negara itu sejak 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa membenarkan tindakan sedemikian.
Pembedahan menukar jantina dibenarkan di negara itu sejak 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa membenarkan tindakan sedemikian.
PEMAIN bola sepak wanita Iran beraksi dalam satu perlawanan.
Pemain yang tidak dapat membuktikan mereka wanita dilarang menyertai perlawanan. - Agensi
No comments:
Post a Comment