03 Feb 2014
Oleh Siti Fatimah Hassan
Tumpat: “Kami berkumpul sekeluarga untuk mengadakan kenduri sempena
kami masuk ke rumah baru dan menyambut Maulidur Rasul, tetapi ia
bertukar menjadi majlis tahlil.
“Allahyarham ketika itu kelihatan biasa bermain dengan sepupunya
tidak jauh daripada pandangan saya apabila secara tiba-tiba kami
terdengar benda jatuh menyebabkan semua orang tergamam.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami dapati Allahyarham dihempap
dinding konkrit yang runtuh itu dan berlumuran darah,” kata Fadzilah
Mahmad Wi, 35, ibu saudara kepada Muhammad Amirul Haikal Mohd Nor, 6,
yang maut ditimpa dinding konkrit sisa kebakaran rumah nenek setinggi
kira-kira dua meter di hadapan rumahnya di Kampung Geting, di sini,
Jumaat lalu.
Ketika kejadian, dia berada di rumah baru nenek bersama beberapa ahli keluarga dan sempat melihat mangsa bermain di tempat kejadian.
Ketika kejadian, dia berada di rumah baru nenek bersama beberapa ahli keluarga dan sempat melihat mangsa bermain di tempat kejadian.
SUHAINI menunjukkan gambar Muhammad Amirul (dalam bulatan) yang maut dihempap konkrit.Menurutnya, suasana kemudian bertukar kelam-kabut apabila terdengar bunyi objek berat itu jatuh sebelum menyedari mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan terhimpit di bawah dinding konkrit berkenaan. myMetro
No comments:
Post a Comment