Friday, February 28, 2014

Buka Akaun Facebook Kawan, Kanak-kanak 11 Tahun Mati Ditikam

28 Feb 2014
Manila - Hanya gara-gara membajak akaun Kanak-kanak lelaki  ini ditemui tak bernyawa dengan puluhan luka tusukan di tubuhnya.

Jasad Michael Jericho Surio yang berlumuran darah ditemukan di sebuah rumah setengah siap yang ada di kawasan Malolos, Bulacan. Sang ibunda sendiri yang menemukan jasad anak yang masih duduk di kelas 5 SD ini pada Ahad (23/2).

Surio terakhir kali terlihat bersama seorang anak laki-laki berusia 16 tahun yang merupakan temannya pada hari Ahad. Ibunda Surio khuatir kerana puteranya tidak kunjung pulang ke rumah.

Yang mengenaskan, ditemukan sedikitnya 46 luka tusukan di sekujur tubuh Surio. Demikian seperti dilansir Asia One, Khamis (27/2/2014).

Tidak diketahui pasti bagaimana kronologi kejadian hingga Surio oleh berakhir di rumah kosong tersebut dan sudah tak bernyawa. Polis setempat masih melakukan penyiasatan  mendalam atas kes ini.

Namun media setempat melaporkan bahawa pembunuh Surio merupakan temannya sendiri yang berusia 16 tahun. Dilaporkan juga bahawa pelaku marah ketika mengetahui bahawa Surio membajak akaun Facebook miliknya.

Identiti pelaku tidak disebutkan kerana dia masih di bawah umur. Media setempat menyebut, pelaku kini dalam penahanan pihak berkuasa setempat, tepatnya Departemen Kesejahteraan Sosial dan Pembangunan.

No comments:

Post a Comment