Saturday, February 22, 2014

Cara sekolah di China menjaga mata murid supaya tidak rosak

22 Feb 2014

Ini cara sekolah di China biar mata murid tidak rusak
Meja sekolah rendah di China dipasangkan besi penghalang. ©daily mail

Sekolah rendah di Wuhan, Wilayah Hubei, China, memasang besi penghalang di setiap meja murid untuk menjaga agar mata para pelajar tidak cepat rosak akibat membaca dan menulis terlalu dekat dengan buku.

Guru-guru di sekolah itu beralasan murid-murid itu harus menulis dan membaca dalam jarak yang selamat supaya mata mereka tidak rosak, seperti laporan surat khabar the Daily Mail, Jumaat (21/2).

guru Besar Zhang Jianming mengatakan besi penghalang itu dipasang oleh petugas dari Pejabat anti-Miopia.

Besi itu boleh dinaik-turunkan supaya boleh mencegah pelajar menggerakkan kepala mereka terlalu dekat dengan buku.

Besi itu juga boleh diturunkan untuk menyangga buku pelajar ketika sedang membaca  .
Merdeka.com 

No comments:

Post a Comment