10 Feb 2014
Oleh Zul Ikhwan Muhammad
Rompin: Enam lelaki termasuk remaja berusia antara 14 hingga 43 tahun
yang cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung
Deraman, Batu 3 di sini, ditahan malam kelmarin.
Mereka dipercayai cuba mencuri tulang mayat itu untuk digunakan
bagi tujuan perubatan ditahan polis dan penduduk kampung kira-kira jam 9
malam.
Tindakan mereka itu disedari seorang penduduk kampung yang curiga
dengan kelibat beberapa individu yang berada di kawasan tanah perkuburan
berkenaan.
Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung.
Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung.
KEADAAN kubur yang digali penceroboh.
Saksi kejadian, Tan Din, 39, berkata, dia berasa curiga apabila melihat cahaya lampu suluh di dalam kawasan tanah perkuburan itu dan pada masa sama, terdapat sebuah kereta parkir di tepi jalan. myMetro
No comments:
Post a Comment