Wednesday, February 12, 2014

DAP ajak parti komponen BN kerjasama sekat Umno masuk Sarawak

OLEH DESMOND DAVIDSON
February 12, 2014

DAP Sarawak menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk berkerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) supaya Umno tidak memasuki negeri itu.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mahukan undang-undang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan Umno tidak cuba masuk ke Sarawak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar "Sarawak untuk orang Sarawak" dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyatakan "Umno tidak patut masuk Sarawak".
“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk merasmikannya dalam DUN.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri berkata Umno akan menghormati 'acuan Sarawak'.
"Jadi, jika ini yang ramai pihak mahukan, apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah untuk merasmikannya," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuching. - 12 Febuari, 2014.The Malaysian Insider
 

No comments:

Post a Comment