06 Feb 2014
Oleh Aziman Rosdi
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi membuat keputusan memberikan
kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan pusingan
kedua Piala FA dengan T-Team yang tertangguh pada Sabtu lalu.
Keputusan itu dibuat selepas merujuk kepada Perkara 4.12.15 B
Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 bahawa T-Team tidak
mempunyai alasan kukuh untuk menarik diri daripada perlawanan itu
walaupun mendakwa atas faktor keselamatan memandangkan laporan pegawai
perlawanan mengesahkan perlawanan masih boleh diteruskan.
Bagaimanapun selepas mengambil kira suasana yang berlaku pada
perlawanan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Datuk
Afandi Hamzah tidak mengenakan denda kepada T-Team sebaliknya hanya
memberikan amaran keras.
Namun beliau berkata, siasatan insiden kekecohan di terowong pada rehat babak pertama perlawanan itu masih diteruskan dan tindakan bakal diambil jika mendapat maklumat lengkap dalam masa terdekat ini.
Namun beliau berkata, siasatan insiden kekecohan di terowong pada rehat babak pertama perlawanan itu masih diteruskan dan tindakan bakal diambil jika mendapat maklumat lengkap dalam masa terdekat ini.
AFANDI (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. FOTO BernamaKedua-dua wakil pasukan JDT dan T-Team serta pegawai perlawanan hadir memberikan keterangan bermula jam 10 pagi hingga 2.30 petang di Wisma FAM Kelana Jaya, di sini.
Dengan kemenangan itu JDT bakal bertemu Kedah pada suku akhir Piala FA pada 11 Februari di Larkin.
Pada perlawanan Piala FA Sabtu lalu di Larkin, T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua selepas mereka mendakwa seorang pemain dan pegawai dipukul di dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan.
Pada masa itu, JDT mendahului 2-1 sebelum perlawanan ditangguhkan. myMetro
No comments:
Post a Comment