Sunday, February 16, 2014

Kajang: Herman Tino kata 'Cari pemimpin yang pandai, bukan memandai-mandai'

Herman Tino minta Najib dan Rosmah jangan turun Kajang

MENYIFATKAN Pilihanraya Kecil, PRK DUN Kajang sebagai 'perang kecil', penyanyi Dangdut dan Irama Asli terkenal tahun 80 an, Herman Tino minta Najib dan Rosmah supaya jangan turun ke Kajang. 

Sebaliknya beliau yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang mahu Najib dan Rosmah menumpukan tugas menjaga Malaysia dan mengotakan janji.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ojo kesandung'  atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59 menulis di akaun twitter miliknya, @Herman4Kajang.

"‎Dato Najib dan Kak Rosmah jangan turun Kajang, biar kami saja bertempur dalam perang kecil ini, kamu jaga Malaysia kotakan janji" tulisnya.

Difahamkan, Herman turun menyebut pertandingannya nanti menentang Anwar Ibrahim di PRK DUN Kajang sebagai 'politik damai' lawan 'pesona palsu'. 

Siapa pun nak bertanding di Kajang untuk meraikan demokrasi kita alu-alukan. 

"Ojo kesandung yo Kang Herman!"‎

 milosuam. 16 Feb 2014

2 comments:

  1. Sudahkah fikir habis2 nak bertanding tu Encik Herman Tino.

    Mari sini.....

    http://stayreward.com/index.php?share=115728

    ReplyDelete
  2. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, namanya sangat kotor di masyarakat Cina.

    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

    Sekian, Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete