07 Feb 2014
Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
digesa supaya melakukan audit terhadap akaun Persatuan Sepaktakraw
Malaysia (PSM) berhubung dana RM2 juta dari kerajaan yang salurkan pada
2011.
Presiden Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain
Sepaktakraw Malaysia, Rommi Suhendra Norsal berkata, dana berkenaan
disalurkan terus kepada PSM oleh Kementerian Kewangan dengan tujuan
pembangunan sukan itu.
“Namun apa bentuk pembangunan yang dilakukan PSM? Kami mahu lihat
bagaimana dana berkenaan dibelanjakan, sebelum ini juga peruntukan
disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri dan Telekom
Malaysia, kita tidak tahu ke mana perginya duit berkenaan. Jika PSM
mengatakan pembangunan, apa pembangunan itu, kita tidak nampak.
“Jadi saya meminta Menteri dapat melakukan audit terhadap PSM berhubung dana berkenaan, seperti beliau lakukan terhadap PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia),” katanya pada satu sidang media bersama beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), semalam.

ROMMI
(empat dari kiri) bersama pemimpin NGO dan bekas pemain kebangsaan
membawa sepanduk menuntut perubahan dalam kepimpinan PSM.Menurutnya, apabila pihaknya bersuara (menerusi Facebook), tiada seorang dari PSM tampil menjawab dan sehingga sekarang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri selain menggunakan pihak lain termasuk pemain untuk menjawab isu ditimbulkan.myMetro
No comments:
Post a Comment