05 Feb 2014
Oleh Amir Abd Hamid dan Intan Mas Ayu Shahimi
Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada
seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat
terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata
pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam
selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital
di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi
termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI),
kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang
‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk
pemeriksaan.
Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
ZULROZI menunjukkan bekas pembedahan
di kepala ayahnya.Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.myMetro
No comments:
Post a Comment