Monday, February 17, 2014

MB Selangor: Isu enggan tanda tangan surat letak jawatan tidak benar

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
February 17, 2014
Abdul Khalid menafikan kewujudan surat peletakan jawatan yang dikatakan oleh media. - Gambar The Malaysian Insider. 
Abdul Khalid menafikan kewujudan surat peletakan jawatan yang dikatakan oleh media. - Gambar The Malaysian Insider.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan untuk membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Menteri besar Selangor itu menegaskan, beliau sendiri tidak mengetahui kewujudan surat tersebut, berbeza dengan laporan media sebelum ini.
"Cerita itu tidak benar. Tiada surat pun.


 "Isu ini saya tidak perlu komen. Kita buat kerja sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Selangor di Klang hari ini.


Akhbar The Star sebelum ini melaporkan Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor. – 17 Februari, 2014. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment