Kedudukan Malaysia merosot ke tahap paling
buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan
Tanpa Sempadan (RSF), Paris, hari ini.
Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara, merosot dua anak tangga lagi berbanding tahun sebelumnya (145).
Kedudukan itu meletakkannya berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).
RSF dalam laporan itu tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia.
Badan pemantau itu bagaimanapun menyatakan ia dibuat berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis NGO, wartawan sendiri, dan pakar undang-undang.
Turut diambil kira, kes pencabulan terhadap kebebasan media seperti penapisan dan serangan terhadap wartawan.

No comments:
Post a Comment