Sistem
PBS menyebabkan kesukaran menilai pencapaian murid dan menambah beban
guru yang terpaksa mengisi data murid setiap hari. Gambar fail.Perjuangan
guru di Malaysia menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
mendapat sokongan mahasiswa apabila persatuan induk pelajar Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) turut menyatakan sokongan mereka.
Mereka bimbang jika PBS akan mengulangi nasib PPSMI (Pembelajaran dan
Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang dibatalkan
separuh jalan sebelum ini.
"Terlalu banyak kesilapan dalam pelaksaan PBS. Sebagai pelaksana, guru
yang menghadapi bebanan apabila mereka terbeban untuk memasukkan data
dalam komputer.
"Ia melarikan tugas sebenar guru untuk mendidik dan merelisasikan
falsafah pendidikan negara," kata Nor Azhar Baharum, Exco Perhubungan
Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIA (MPPUIA) dalam kenyataannya.
Pandangan mereka selaras dengan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
yang dipimpin Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang sebelum ini merancang
untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah PBS.
Namun, Nor Izzat, seorang guru kini mendapat hukuman apabila dipindahkan ke sebuah sekolah pedalaman selepas membantah PBS.
PBS menerima bantahan pelbagai pihak sejak ia mula dilaksanakan Januari
2011 lalu untuk pelajar darjah satu dan Januari 2012 untuk pelajar
tingkatan satu.
Ia adalah sistem penilaian pelajar secara harian dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun tidak akan diadakan lagi.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR) juga ditiadakan lagi daripada sistem persekolahan selepas PBS
dilaksanakan.
Exco Kebajikan MPPUIA, Nurul Jannah Abd Razak, berkata PBS perlu dikaji dengan mendalam sebelum dilaksanakan sepenuhnya.
Katanya, dalam membuat polisi baru, pandangan pelaksana, dalam kes ini guru, perlu diambil pertimbangan sepenuhnya.
“Guru dan bakal guru pula perlu dilatih sepenuhnya bagi mempastikan
mereka faham PBS, mempersiapkan bahan dan melaksanakan penilaian.
“Saya mencadangkan kakitangan sokongan dibentuk untuk memasukkan data
kerana pelaksaan PBS sekarang banyak mengambil masa guru yang sepatutnya
digunakan untuk mengajar,” katanya. – 22 Februari, 2014.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment