26 Feb 2014
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Sungai Buloh: Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun
dikelar dengan pisau hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita
itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman
Sri Putra, di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa, Koay Jia Hong dan
adiknya, Melvin Selvan Joseph tinggal bersama pembantu rumah warga
Indonesia itu yang berusia 30-an.
Ia menjadi rutin harian kepada dua beradik itu kerana ibu bapa, datuk
dan nenek mereka keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan
kedai kopi milik mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa mangsa berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa mangsa berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah mangsa, malam tadi.“Bagaimanapun, ketika nenek dua beradik itu pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang (semalam) keadaan rumah agak sunyi.
"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia 18 bulan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, pembantu rumah mereka pula dilihat berlumuran darah dan berada berhampiran kanak-kanak itu.
Sivakumar berkata, terkejut dengan situasi itu, nenek mangsa mencari seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun sebelum menemui mangsa dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.
"Nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata siasatan awal di tempat kejadian membawa kepada penemuan dua pisau dapur serta sebilah pisau kecil dipercayai digunakan pembantu rumah untuk mengelar mangsa.
"Siasatan juga mendapati pembantu rumah terbabit terlebih dulu membunuh mangsa yang berusia lima tahun di tingkat atas, diikuti mangsa kedua sebelum mengelar lehernya sendiri untuk membunuh diri," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. myMetro
No comments:
Post a Comment