Wednesday, February 19, 2014

Sadis! Pengantin Baru Bunuh Diri Beberapa Jam Selepas Berkahwin

18 Feb 2014

New Delhi, - Menyedihkan! Sepasang pengantin baru di India ditemukan mati hanya beberapa jam setelah berkahwin. Keduanya bunuh diri dengan meminum racun!
Insiden itu terjadi di Bishanpur, Daerah Kishanganj, Bihar seperti diberitakan media India, Press Trust of India, Selasa (18/2/2014).

Polis  setempat menyatakan, pasangan muda tersebut berkahwin di sebuah kuil pada Ahad  , 16 Februari. Namun beberapa jam kemudian, keduanya memutuskan untuk bunuh diri dengan meminum racun.

Polis percaya, pasangan tersebut nekat mengakhiri hidup mereka kerana khuatir bahawa orangtua masing-masing tak akan menerima perkahwinan mereka yang berbeda kasta. Namun penyelidikan terus dilakukan untuk memastikan motifnya.

Jasad pengantin baru itu ditemui pada Isnin, 17 Februari pagi waktu setempat, tak jauh dari kuil tempat mereka berkahwin.


Tidak disebutkan identiti kedua korban. Polis  setempat masih menyiasat lebih lanjut insiden maut tersebut.
sumber dari detikNews

No comments:

Post a Comment